Wednesday, August 27, 2008

Al kisah si anwar...

arrrgghhh... tension nya aku... asal jalan jem jer, mesti pasal Anwar... asal pasal Anwar jer, jalan jem... ko ni nyusah kan aku lah Nuar...

aku dgr2... Pak Anwar kita ni nak gi angkat sumpah di parlimen yer....

dia kata kalau dia menang, esok dia akan pergi GEGARKAN parlimen....

lantak kau lah Nuar... asalkan jangan jalan jem sudah, aku dh letih melayannya...
haaaa.... apa citer dengan si bodoh saiful tuh... kutu punya olang....

bersumpah konon... akan dilaknat allah sehingga kiamat konon... telah di liwat 8 kali pulak tuh....

dalam rakaman vdeo yang aku terima... saiful bersumpah telah di liwat oleh anwar dengan memasukkan zakarnya ke dalam lubang duburnya....

manakala hospital pusrawi mendapat laporan yang di buat oleh saiful... dubur nya telah di tusuk dengan bahan plastik....

mana satu yang betul ni syaaaiiiittonnnnnn......

al kisahhhh..... ayyiibbbb...
al kisah maka tersebut lah kisahhh...ayyiibbb...
sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan firaunnnnn....

Firauann mana pakai sultannnn... bodoh, baca pun tak tau...

(moral of the story, jangan berlagak pandai nak mampos... rupanya bengap yang amat...)

Wednesday, August 20, 2008

Lim Tergolek Dog...?

Kontroversi berhubung dakwaan kes penyelewengan tanah di Pulau Pinang sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Menteri (KM), Lim Guan Eng dan bekas KM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berdebat secara terbuka yang turut disiarkan secara langsung malam tadi.

Debat bertajuk 'Kisah Benar kontroversi tanah di Pulau Pinang' itu berlangsung selama satu jam yang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim memulakan debat dengan mendedahkan lima kes 'skandal tanah' yang didakwanya akan mengakibatkan kerugian sehingga RM1.5 bilion kepada kerajaan negeri - yang didakwa berlaku akibat kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Dr Koh sebelum ini.

Kedua mereka kemudiannya memfokus perhatian kepada satu kes yang membabitkan pentadbiran sebelumnya berhubung kelulusan satu permohonan bagi 4.25 hektar tanah di daerah Seberang Perai Tengah kepada seorang kontraktor swasta untuk menjalankan aktiviti kuari.'

Kes RM40 juta' itu kini terbabitkan dalam kes mahkamah antara kerajaan negeri dengan seorang kontraktor persendirian.

Lim berkata, dokumen-dokumen menunjukkan bahawa hampir kesemua jabatan-jabatan teknikal menentang keputusan kerajaan untuk menganugerahkan tanah tersebut kepada seorang individu tunggal.

Dr Koh sebaliknya menyalahkan satu kesilapan pentadbiran yang berlaku pada tahun 1960-an dan menegaskan bahawa fokus kerajaan negeri sekarang sepatutnya ialah memenangi kes mahkamah tersebut..

Apabila pengantara debat, Datuk Johan Jaafar bertanya apakah perlunya kontroversi tanah itu dibangkitkan sekarang dan sama ada ianya bertujuan untuk mencari kesalahan orang lain, Dr Koh merebut peluang itu untuk menuduh Lim sengaja mempolitikkan perkara itu untuk menjejaskan kredibiliti pentadbiran sebelumnya.

Sungguhpun dicabar beberapa kali oleh Lim untuk menjawab dakwaan tertentu mengenai apa yang dipanggil "penipuan tanah" di Pulau Pinang, Koh berkata beberapa kes masih didengar di mahkamah dan beliau enggan mengulas mengenainya kerana ia subjudis.

Menurut Koh, pihaknya hanya boleh memberikan jawapan selepas kes berkenaan selesai didengar oleh mahkamah.

Koh juga berkata sepanjang 18 tahun, lebih 10,000 fail tanah berjaya diselesaikan.

"Peratusan pencapaian kerajaan BN menyelesaikan fail tanah di Pulau Pinang ialah 99.9 peratus," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP pula menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang baru untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya.

Katanya, ia selaras dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru CAT (cekap, bertanggungjawab dan telus) dan ia tidak akan menutup sebarang kesalahan daripada pengetahuan rakyat.

Lim dan Dr Koh juga berdebat mengenai mengapa kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap 'kes RM40 juta' itu hanya diberi amaran.

Lim berkata, kakitangan terbabit sepatutnya dikena hukuman yang lebih berat, seperti dipindahkan jabatan.

Dr Koh menjawab, perkara itu telah disiasat secara dalaman dan juga oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tiada bukti kukuh ditemui untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa.

Katanya, jika Lim tidak puas hati dengan dua siasatan BPR terhadap perkara tersebut, maka ketua menteri itu boleh memulakan satu lagi siasatan.Ini merupakah perdebatan kedua Dr Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, dengan Lim sejak tahun 1990 di Pulau Pinang.

Bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Aziz Deraman bertindak bertanyasoalan bagi pihak Koh manakala Editor Politik media internet Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid bagi pihak Lim.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Koh berkata pihaknya berpendapat adalah tidak baik untuk mempolitikkan isu-isu mengenai tanah demi kepentingan kerajaan negeri sekarang.

"Saya sebenarnya berhasrat baik di mana saya menasihatkan sebagai satu syarat untuk debat bahawa kita berdebat selepas pendengaran mahkamah selesai tapi beliau (Lim) tidak mahu dengar," katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai isu tersebut selepas menyaksikan debat berkenaan.

Tuesday, August 19, 2008

Debat



Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.Debat dibawah tanjuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3.Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu

There were no Anwar Cronies?

Not even one crony? The Star online's report, Anwar: Name my 'cronies' (excerpts below) is intriguing. The question that came to my mind was, Did Anwar really say that?

When Anwar Ibrahim was DPM and Finance Minister, many businessmen were linked to him. There were, or course, many, many more who claimed that they were linked to him. The joke among us disillusioned reporters then was: "Mahathir has Ting, Anwar has Tong". Sure, people said Ting Pek Khiing and Tong Kooi Ong were fairly big corporate names even before they were labelled Dr M and Anwar's cronies, but the fact remained that they were seen to be extra close to the two.

I also remember the list of so-called cronies put up by Dr M at the PWTC in 1998. It was said that there were many Anwar's cronies on that list. Can't recall their names, though.

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged his detractors to name the people who allegedly benefited from his position when he was deputy prime minister and finance minister.

“There was no such thing. If you know of the people who benefited, you should identify them. Do not just make claims,” he said.

Sunday, August 17, 2008

Belum berkuasa, dah loghat ...

Inilah bila cakap tak serupa bikin…keluh beberapa orang wartawan mengenai insiden sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat memukul dua orang jurugambar selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam tengahari Sabtu.

Dalam sidang media pagi Ahad di pejabat PKR Yayasan Aman di Penanti, Anwar mulanya seronok hentam beberapa media terutama Utusan Malaysia dan RTM yang didakwanya, melaporkan jumlah penyokong PKR ketika penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam, semalam sama banyak.

“Mereka (media) ini buta kira-kira. Kalau duduk atas pentas macam kami, nampak sampai jumlah yang ikut UMNO atau BN tak sampai satu perlima (berbanding penyokong PKR),” katanya menuduh media tak putus-putus membuat fitnah terhadapnya.

Selepas itu Anwar melenting lagi bila seorang wartawan Berita Harian berkata, budaya samseng menular dalam PKR selepas insiden seorang jurugambar turut dipukul baru-baru ini.
“Ini budaya Berita Harian yang mesti dibetulkan. Bila Khairy (Jamaluddin) dan kumpulan baling botol itu tak salah. Budaya ini budaya khianat dan dengki yang mesti dibetulkan,”

‘Saya kata kalau ada daripada akhbar atau kerja politik parti Keadilan atau PAS, DAP yang salah mesti dihukum tetapi negara ini mesti berlandaskan hukum bukan hukum rimba yang disokong media mereka,’ katanya dalam nada geram.

Mudah kata, dalam sidang media kali ini, Anwar tak dapat soalan yang dia suka nak jawab kerana wartawan yang hadir rata-rata macam sudah bosan dengan cara Anwar layan sesetengah media selama ini.

Apatalah lagi dengan insiden jurugambar dan wartawan kena pukul. Ada wartawan yang merungut kerana Anwar bukan hendak minta maaf tetapi terus hentam media macam dia seorang sahaja yang hebat dan betul.

Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak baik bagi kebebasan media.