Sunday, August 17, 2008

Belum berkuasa, dah loghat ...

Inilah bila cakap tak serupa bikin…keluh beberapa orang wartawan mengenai insiden sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat memukul dua orang jurugambar selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam tengahari Sabtu.

Dalam sidang media pagi Ahad di pejabat PKR Yayasan Aman di Penanti, Anwar mulanya seronok hentam beberapa media terutama Utusan Malaysia dan RTM yang didakwanya, melaporkan jumlah penyokong PKR ketika penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam, semalam sama banyak.

“Mereka (media) ini buta kira-kira. Kalau duduk atas pentas macam kami, nampak sampai jumlah yang ikut UMNO atau BN tak sampai satu perlima (berbanding penyokong PKR),” katanya menuduh media tak putus-putus membuat fitnah terhadapnya.

Selepas itu Anwar melenting lagi bila seorang wartawan Berita Harian berkata, budaya samseng menular dalam PKR selepas insiden seorang jurugambar turut dipukul baru-baru ini.
“Ini budaya Berita Harian yang mesti dibetulkan. Bila Khairy (Jamaluddin) dan kumpulan baling botol itu tak salah. Budaya ini budaya khianat dan dengki yang mesti dibetulkan,”

‘Saya kata kalau ada daripada akhbar atau kerja politik parti Keadilan atau PAS, DAP yang salah mesti dihukum tetapi negara ini mesti berlandaskan hukum bukan hukum rimba yang disokong media mereka,’ katanya dalam nada geram.

Mudah kata, dalam sidang media kali ini, Anwar tak dapat soalan yang dia suka nak jawab kerana wartawan yang hadir rata-rata macam sudah bosan dengan cara Anwar layan sesetengah media selama ini.

Apatalah lagi dengan insiden jurugambar dan wartawan kena pukul. Ada wartawan yang merungut kerana Anwar bukan hendak minta maaf tetapi terus hentam media macam dia seorang sahaja yang hebat dan betul.

Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak baik bagi kebebasan media.

No comments: